Tika dan saat aku menulis ini,aku sedang membelek sebuah majalah PENGANTIN..ketika ini lah aku terselak satu halaman yg ku rasakan agak menarik iaitu tentang cara Rasulullah melayari bahtera rumahtangga. Oleh itu, ingin ku kongsikan sedikit yg ditulis….
Membelai isteri :
“adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama, sehingga baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran baginda, lalu baginda bermalam di tempatnya”
(hadis riwayat ahmad)
Mandi bersama isteri :
Dari Aisyah r.a beliau berkata, “ aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut).”
(hadis riwayat abdurrazaq dan ibnu abu syaibah)
Mencium isteri :
Dari Aisyah r.a bahawa” Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya”
Dari Hafsah, puteri Umar r.a, “ sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa.”
(hadis riwayat abdurrazaq)
Membersihkan titisan darah haid isteri :
Dari aisyah r.a, dia berkata. “aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, baginda mencucinya pada bahagian yg terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu, baginda mencucinya pada bahagian yg terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di atas tikar itu….”
(hadis riwayat nasai)
Memanggil dengan panggilan mesra :
Rasulullah s.a.w bias memanggil Aisyah dgn beberapa nama panggilan yg disukainya seperti Aisy dan Humaira (pipi merah delima).
p/s : sebenarnya ada banyak lagi tapi tak larat pulak nak taip..heehehe
0 comments:
Post a Comment